Perlu ke Tidak Website ni?

website

Baru-baru ni saya ada lepak dengan kawan-kawan yang baru nak berniaga online. Tengah lepak minum ada yang tanya saya:

“Kenapa perlu website? Pakai Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat,Google Plus,youtube je tak boleh ke?”

Memang tidak dinafikan hal ini, peningkatan penggunaan laman sosial sedikit sebanyak memberi impak kepada keperluan website sekarang ni. Mereka rasa website tak penting.

Ramai yang lebih gemar menggunakan laman sosial sebab lebih mudah. Antara social media yang sering digunakan adalah Facebook, Twitter dan Instagram.Yang lain ada jugak tapi tak lah sebanyak yang ini.

Jadi adakah penggunaan laman web masih lagi relevan pada masa SEKARANG? Jawapan nya adalah ‘YA” masih relevan bro and sis!. Jom kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh MCMC berkenaan pengguna internet di Malaysia.

boleh tengok sini http://bit.ly/statistikinternet

Jika kita lihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan website masih lagi relevan. Ini kerana ramai yang menggunakan ‘search engine’ seperti google, bing & yahoo untuk mencari maklumat. Taip je apa nak tahu, terus keluar website yang berkenaan.

So, anda perlu ada website untuk ‘letak’ pada search engine. Kalau tak ada macam mana orang nak jumpa dekat google? Betul tak? Betul kan…

Selain itu anda perlu juga ada social media. Guna kan social media sebagai sumber trafik tambahan untuk laman web anda. Gunakan social media sebagai tools tarik TRAFIK PERCUMA untuk bawa pelanggan ke website anda.

Kesimpulannya, website memang WAJIB ada dan masih RELEVAN. Sangat penting bagi yang buat bisnes online. Dengan statistik pengguna internet dari MCMC tadi, jelas menunjukkan ianya bukan lagi pilihan. Memang wajib ada website.

Jika anda seorang yang buat bisnes online dan perlukan website untuk bisnes. Tapi anda tapi tak tahu macam mana nak buat,jangan risau kerana saya ada servis buat website dan Kita boleh bincang sampai jadi untuk siapkan website anda.

sebelum terlupa.. 27hb Oktober 2018 (sabtu) nanti ada satu kelas (saya trainernya) yang akan bantu anda nak bina website jenis blog. Jika berminat nak join boleh isi form dekat sini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *